Selamat Tahun Baru 1429H

Biasanya, setiap kali masuk tahun baru, macam-macam azam kita.
Kebanyakan daripada kita (termasuk saya), lupa nak muhasabah diri.
Apa yang kita dah buat, tak patut buat dan sepatutnya buat.
Bagi saya 1428M adalah satu tahun yang cukup mencabar.
Baik dari segi fizikal maupun mental.
Banyak kali saya keluar masuk klinik tahun lepas.
Walaupun doktor nasihatkan saya untuk further checkup di hospital, saya refuse to comply ![]()
Saya fobia dengan hospital.
Mungkin pengalaman saya melihat emak dirawat kerana kanser begitu menebal dalam ingatan.
Tahap buta warna saya pun makin teruk.
Sehingga bulan lepas, kali terakhir saya buat pemeriksaan untuk buta warna ialah bila saya memasuki ITM.
Masa tu, kondisi saya masih ok.
Saya kantoi menjawab 1-2 kad warna tapi keseluruhannya doktor kata OK.
Tapi last check-up, the doctor my condition are not so good.
Saya bersyukur sekurang-kurangnya, saya masih boleh membezakan warna-warna asas.
Dan yang penting saya masih boleh MELIHAT.
Allah tarik keupayaan saya untuk membezakan warna untuk saya menghargai keupayaan saya untuk lain.
Apa yang saya harapkan, semoga saya akan menjadi insan yang lebih bersyukur.
Menjadi insan yang melihat hikmah di sebalik musibah.
Saya harap ada perubahan yang positif dalam negara.
Semoga tak ada lagi menteri-menteri yang memberi kenyataan yang entah apa-apa.
Harapan saya juga tak ada lagi menteri-menteri yang cakap tak serupa bikin.
Semoga Islam terus mekar dalam hati dan sanubari Muslimin dah Muslimah di Malaysia dan dunia.
Saya doakan keamanan di Palestin, Iraq, Afghanistan dan di negara-negara lain yang sedang dalam pergolakan.
Semoga 1429H menjadi tahun kebanggaan untuk kita semua.
